Kerajaan
digesa memantau dan mengambil tindakan serius terhadap isu harga barangan serta
perkhidmatan di pasaran yang didakwa melonjak naik sejak kebelakangan ini.
Golongan
yang terkesan teruk berikutan kenaikan harga barang ini adalah mereka yang
berpendapatan rendah khususnya kelompok B40, perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) serta penjaja sekali gus meningkatkan kos sara hidup mereka.
Kerajaan
juga perlu mengkaji mekanisme kawalan dan tindakan bagi menangani isu ini.
Selain mengambil langkah-langkah intervensi yang dapat menjadi solusi kepada
isu kenaikan harga barang.
Pemborong
dan peniaga terpaksa bergelut untuk menetapkan harga jualan kepada pengguna.
Oleh
itu, pemantauan yang menyeluruh dan tindakan penguatkuasaan di lapangan perlu
ditingkatkan dari masa ke masa.
Selain
itu, kerajaan dicadang untuk melaksanakan sesi libat urus secara berkala dengan
pemegang taruh yang dilihat amat signifikan dalam mencari solusi yang tuntas
dan efektif.
Tidak
boleh dinafikan, harga barang ada kenaikan walaupun tidak sekata, terutamanya
apabila kos yang ditanggung oleh peruncit sendiri naik.
Pihak
penguat kuasa perlu lebih kerap turun di lapangan untuk mendapat maklumat bagi membantu
koordinasi pelbagai agensi untuk berusaha menstabilkan harga.
Walaupun
mengambil maklum kenaikan harga komoditi di pasaran antarabangsa di luar
kawalan dalaman, faktor pencatutan dalam rantaian nilai (selain peladang/petani
dan peruncit) juga tidak boleh ditolak.
Dharapkan
aktiviti penguatkuasaan akan terus diperhebat di seluruh saluran rangkaian
makanan, dari peladang, pengedar, sehinggalah peruncit bagi memastikan tiada
pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih secara salah.
No comments:
Post a Comment