Friday, 18 March 2022

MAKSUD ‘RAPAT JIT’ DIALEK KELANTAN

 
Dalam dialek Kelantan ada perkatan yang sering diucapkan iaitu ‘rapat jit’. Perkataan itu digunakan sebagai menggambarkan sesuatu yang sangat rapat dalam persahabatan atau sesuatu usaha yang bersungguh-sungguh sehingga sudah habis ikhtiar.

Mengapa ‘rapat’ digandakan dengan perkataan ‘jit’. Apakah itu ‘jit’?

Perkataan ‘jit’ (ejaan sebenar dalam bahasa Inggeis ialah ‘jig’) adalah merujuk sepada sejenis alat yang biasanya digunakan untuk merapatkan papan lantai kayu sebelum ia ia dipaku.

Setelah kayu ‘dijitkan’ ia akan berada dalam keadaan yang betul-betul rapat sehingga kelihatan seperti tiada ruang langsung. Kalau air tumpah pun tidak akan dapat mengalir masuk di antara dua papan yang diletakkan rapat itu. Ia seakan-akan seperti satu.

Jadi, untuk menggambarkan betapa rapatnya hubungan atau sesuatu yang dilakukan dengan sehabis baik dan daya, maka ia dikatakan sebagai ‘rapat jit’.

No comments:

Post a Comment