Penglibatan Roslan Ismail, 49, dalam aktiviti kesukarelawan bermula kira-kira 20 tahun lalu apabila dia terlibat dengan aktiviti belia. Kursus dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Kelantan serta pertubuhan belia setempat telah memupuk semangat kesukarelawan yang tinggi di dalam dirinya.
Ketika
mula-mula bergiat dalam aktiviti kesukarelawan, tenaganya masa kuat, biarpun
sudah dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) yang lumpuh atau lemah
bahagian pinggang hingga ke bawah.
Ketika
mula-mula terlibat dahulu, beliau yang lebih dikenali Abe Lan, bergerak ke sana
ke sini tanpa menggunakan kerusi roda. Dia masih berjalan sendiri biarpun tidak
stabil.
Semangatnya
kuat. Hatinya ikhlas ingin membantu. Itulah yang menjadi nadi kekuatan untuknya
terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.
Kini,
ketika usianya telah hampir menjengok setengah abad, ketika kebanyakan orang seusia
semakin kurang upaya, tentu sekali lebih-lebih lagi dialami oleh Abe Lan.
Untuk
ke mana-mana, kini dia perlu berkerusi roda atau menggunakan motosikal tiga
roda dan ATV bergerak keliling kampung.
Biarpun,
keadaan fizikal semakin berkurangan, azam dan semangatnya untuk terus menabur
bakti kepada masyarakat di kepulauan delta Sungai Kelantan tetap diteruskan.
Abe
Lan dilantik menganggotai beberapa NGO dan persatuan sebagai wadah untuknya
menaburkan bakti. Antara badan NGO yang disertai beliau ialah Pertubuhan Cakna
Asnaf Kelantan.
Atas
jasa dan pengorbanan yang dilakukan, Abe Lan dinobatkan sebagai penerima Anugerah
Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021. Selain itu terdapat beberapa anugerah lain
yang diterima oleh beliau sebelum ini.
Semangat
yang ditinjukkan Abe Lan seharusnya menjadi contoh kepada generasi belia untuk
terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.
No comments:
Post a Comment