Friday, 29 April 2022

FATMI DILANTIK SENATOR

 
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dilantik Senator untuk tempoh 25 April 2022 hingga 24 April 2025. Majlis angkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berlansung pada 25 April 2022.

Fatmi, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan adalah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong.

Fatmi berharap beliau dan Ahli Dewan Negara yang lain dapat membawa idea baharu dan mencadangkan penambahbaikan kepada sebarang rang undang-undang yang dibentangkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment