Tokoh veteran UMNO, Tengku
Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas terakhir di
kediamannya di Jalan Duta di sini pada jam 8.43 malam ini, 29 April, akibat
sakit tua. Allahyarham berusia 94 tahun.
Selain berkhidmat sebagai
Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Allahyarham juga pernah dilantik
sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak di Kementerian Luar
Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974).
Allahyarham kemudian
menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara (1975), Menteri Perdagangan
dan Industri (1981) sebelum dilantik semula sebagai Menteri Luar Negara (1984)
dan Menteri Penerangan (1986).
Sebelum itu, beliau pernah
menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada 1970 dan Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri pada 1972.
Dalam arena politik,
Allahyarham merupakan bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO pada 2001 dan Ahli
Majlis Tertinggi UMNO (1987).
Bekas Pengerusi UMNO
Kelantan itu juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang pada 1973
selain bekas Presiden Majlis Pengelola Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMA).
Jasanya dalam bidang
pendidikan pula ialah sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
pada 1992 selain sempat mencurah bakti dalam bidang sukan sebagai Timbalan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1988.
No comments:
Post a Comment