Perokok tidak bantah harga rokok naik. Setiap kali harga rokok naik, perokok tidak membantah atau melahirkan rasa tidak puas
hati tindakan kerajaan itu,berbeza dengan kenaikan harga gula dan barang lain
yang pasti mendapat bantahan rakyat.
Perokok
yang sudah berada di peringkat ketagih pasti tidak berganjak daripada amalan
itu biarpun harga rokok dinaikkan. Mereka yang berada di tahap ketagih
rela membelanjakan sebahagian besar pendapatan untuk membeli rokok. Sebab
itu, perokok tidak membantah kenaikan harga rokok.
Kata-kata,
“biar putus cinta jangan putus rokok” membuktikan perokok sanggup berdepan
dengan segala masalah asalkan tabiat merokok dapat diteruskan. Mengapa begitu
tegar tabiat perokok yang rela melakukan apa saja demi meneruskan tabiat
merokok?
Merokok
bukan saja membahayakan kesihatan dan membazirkan wang, bahkan ditegah oleh
agama Islam.
Islam
dengan tegas melarang perbuatan mendatangkan keburukan sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah an-Nisa, ayat ke 2 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cuba
menukarkan yang baik-baik dengan yang buruk-buruk.”
Manakala
firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) telah menghalalkan bagi
kamu segala yang baik-baik dan mengharamkan ke atas kamu segala yang
buruk-buruk.” (Surah al-Aaraf, ayat 157)
Lanjutan
itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan
bahawa merokok adalah perbuatan haram di sisi agama Islam. Perbuatan itu wajib
dijauhi setiap orang Islam. Jadi, anggapan kebanyakan perokok mengatakan
perbuatan itu sekadar makruh adalah tidak benar.
Komitmen
kerajaan memerangi gejala ketagih dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk
dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Tabiat
merokok adalah aktiviti negatif yang membawa impak buruk kepada kesihatan.
Berdasarkan kajian, dalam sebatang rokok ada kira-kira 4,000 jenis bahan
beracun yang disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu merokok.
Sekiranya
perokok menghisap 20 batang rokok sehari, dalam masa 30 tahun dia menghisap
kira-kira 200 ribu batang rokok.
Kenaikan
cukai rokok adalah selari dengan syor yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) supaya cukai rokok dinaikkan 65 peratus daripada harga runcit
rokok dalam usaha mengurangkan tabiat merokok.
Peningkatan
percukaian dan penetapan harga minimum rokok diyakini dapat mengurangkan
permintaan terhadap rokok di kalangan perokok baharu.
Harga
yang mahal juga diharapkan perokok lebih kedekut untuk berkongsi rokok dengan
orang lain. Cara itu diharapkan mengurangkan kadar merokok secara
berkumpulan.
No comments:
Post a Comment