Pokok periuk kera (Nepenthes
spp.) biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan kekurangan
nitrogen. Periuk kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam
periuknya untuk membekalkan sebahagian nitrogen diperlukan.
Cara tanam pokok periuk kera amat
mudah dan bentuknya yang unik menarik minat orang menjadikan pokok hiasan.
Nepenthes bermula sebagai
pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril
climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga.
Spesies berlainan mempunyai periuk
berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah,
sementara sesetengah merupakan epifit (tumbuhan herba yang menggunakan
tumbuhan lain atau benda, seperti dinding bangunan untuk mendapatkan sokongan
fizikal, tanpa mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpangi).
Pokok periuk kera agak unik penampilannya dan sangat menarik untuk dijadikan
sebagai tanaman hiasan. Keunikannya adalah terletak pada bekas atau pundi-pundi
berbentuk seperti karung yang tumbuh di hujung daun matang.
Pokok ini dikenali pokok periuk
kera kerana dikatakan kera sering meminum air yang terdapat di dalam
pundi-pundi di hujung daun tersebut.
Ia adalah sejenis tumbuhan
pemanjat yang tumbuh meliar di hutan belantara di negara ini tetapi kini kian
popular ditanam sebagai tanaman hiasan yang unik dan menarik.
Terdapat lebih kurang 70 jenis
spesies dan beratus-ratus lagi jenis hibrid atau kacukan dalam pelbagai saiz
pokok dan juga bentuk pundi-pundinya.
Namun hanya beberapa jenis spesies sahaja yang mudah didapati dan sering
ditanam oleh kebanyakan peminat seni taman.
Daunnya berbentuk bujur panjang
dan bersinar di bahagian atas. Sementara di bahagian bawah pula berwarna hijau
pucat.
Pundi-pundinya pula memiliki
keistimewaan tersendiri iaitu pintunya dikatakan mengeluarkan cecair yang manis
untuk menarik perhatian serangga datang dan merasa cecair tersebut.
Seterusnya serangga yang jatuh ke dalam pundi-pundi tersebut terperangkap dan
akan reput untuk dijadikan sebagai makanan.
Pundi-pundi ini juga dapat
mengumpulkan air hujan yang sering diminum oleh binatang seperti kera, monyet
dan sebagainya.
Selain dijadikan pokok hiasan,
pundi-pundi pokok periuk kera kini dijadikan acuan atau bekas untuk membuat
lemang.
Pundi-pundi pokok periuk kera
menggantikan buluh yang biasa digunakan untuk membuat lemang. Pulut
dimasukkan ke dalam pundi-pundi pokok periuk kera dan dikukus selama setengah
jam. Turut dimasukkan ialah santan yang telah dicampur sedikit garam dan gula.
No comments:
Post a Comment