Banyak orang suka makan
serondeng. Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam,
ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga
kering agar tahan lama.
Serondeng dimasak dan
dikacau tanpa henti hingga garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia
akan tahan lama. Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil
'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.
Biasanya
serondeng dimakan dengan nasi. Serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa
jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga
dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau
lembik.
Serondeng terkenal di Kelantan. Antara lokasi penghasilan serondeng terkenal
ialah di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu dan Kampung Laut Tumpat. Pengusaha
serondeng di Machang dan Pasir Mas juga tidak kurang terkenal menghasilkan serondeng
terbaik.
Setiap pengusaha serondeng memang
ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain.
Selain, menggunakan ramuan
berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan
garing, kering atau lembab.
Serondeng garing adalah kering
sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.
Serondeng kering tidaklah kering
sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan
melebihi setahun.
Manakala serondeng lembab dalam
keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh disimpan sehingga 10 bulan.
Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa
masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih
mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.
Dapatkan serondeng secara dalam talian.
Cepat, mudah, murah.
Klik pautan di bawah.
No comments:
Post a Comment