Wednesday, 3 August 2022

RESTORAN SRI KANDAR TAJA MAKAN GOLONGAN ASNAF

 
Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, meneruskan program taja makan untuk anak-anak golongan asnaf menikmati makan tengah hari di restoran yang terkenal dengan kari kepala ikan merah tersebut.

Aktiviti bulanan yang diadakan sejak Disember 2016 itu adalah manifestsi pemilik Restoran Sri Kandar, Wan Mustapha, yang mengamalkan konsep “Berniaga Sambil Beramal”

Dibantu dengan kerjasama aktivis kemasyarakatan seperti Amran Rahman dan beberapa NGO, Restoran Sri Kandar bukan sahaja menaja makan di restoran yang bertempat di Kampung Banggol, bahkan melebarkan taja makan di mana-mana tempat ada insan memerlukan bantuan.

Selain taja makan, bantuan lain turut disalurkan mengikut kesesuaian. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak yang sudi bersama-sama dalam misi mencari bekalan akhirat ini.

Gambar: 30 Julai 2022

No comments:

Post a Comment