Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK)
berpeluang untuk bersama-sama menjayakan program yang dianjurkan oleh sahabat
aktivis kemasyarakatan, Amran Rahman, untuk menyantuni penduduk di Kampung
Limau Purut, Rantau Panjang.
Sebanyak 40 keluarga dan 6 orang anak yatim
menerima sumbangan pada program tersebut. Majoriti penduduk di kampung
berkenaan bergantung kepada hasil menoreh getah, tetapi pendapatan mereka
terjejas kerana hujan yang kerap turun sekarang.
PCAK yang diketuai pengerusinya, Fazliyaton
Daud, mengucapkan terima kasih kepada Amran yang menjemput PCAK untuk turut serta
program tersebut.
Tahniah kepada Amran serta penyumbang yang
memungkinkan program tersebut dilangsungkan dengan jaya. Juga terima kasih
kepada Rosmieza Che Mat dan Johari Ahmed yang sentiasa membantu menjayakan program
kebajikan untuk golongan asnaf.
Kebaikan perlu dilakukan berterusan. Biar
sedikit, asalkan ada. Berterusan dan memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment