Sunday, 16 October 2022

PAS enggan bubar DUN

 
Keputusan PAS dan Pakatan Harapan (PH) yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri dikuasai parti itu, berisiko memakan diri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

PAS dan PH berisiko hilang beberapa negeri dalam PRN akan datang, jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jika situasi itu berlaku, BN pasti lebih diyakini dan mempunyai kelebihan dalam banyak banyak untuk mendapat sokongan di peringkat negeri.

Bahkan, pelaksanaan pilihan raya berulang kali dalam tempoh singkat akan 'merosakkan mood rakyat', menyebabkan ramai memilih untuk tidak pulang ke kampung mengundi, sekali gus menjejaskan peluang PAS dan PH mempertahankan negeri masing-masing.

Jika BN menang pada peringkat Persekutuan, PAS di Kelantan atau DAP di Pulau Pinang perlu berdepan kekuatan jentera Persekutuan yang dapat memberi tumpuan penuh dalam PRN.

Pilihan raya berasingan juga hanya menyusahkan rakyat keluar mengundi. PAS dan PH mungkin laksanakan PRN berasingan, bermakna rakyat perlu hadapi pilihan raya berulang kali dalam tempoh hanya beberapa bulan.

Pendekatan itu membebankan rakyat, selain menyebabkan kos pengurusan pilihan raya meningkat berkali ganda.

Keputusan PAS dan PH menyukarkan lagi proses pilihan raya. Situasi ini akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti politik hanya mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat.

Pengundian serentak membolehkan strategi, taktik, manifesto dan propaganda dibuat secara serentak untuk mempengaruhi pengundi. Pengundi lebih mudah memilih mengikut pola pengundian seandainya ia buat serentak. Mana-mana parti pun akan mempunyai peluang dan ruang yang sama di gelanggang yang sama.

Risiko jika ditangguhkan ialah seandainya parti berkenaan kalah PRU15, corak yang sama dapat dilihat pada PRN.

Sekiranya diadakan pilihan raya secara berasingan pengundi akan merasa menyampah (annoying) untuk turun dua kali mengundi. Tambahan pula ketika itu mereka sudah mempunyai sikap dan pilihan yang dibuat peringkat Parlimen.

Jika buat berasingan, BN ada kelebihan dan fokus jentera mereka mengikut negeri. Mungkin lebih malang kepada PH kalau BN  menang kerajaan pusat.

Kalau BN menang jadi pemerintah kerajaan pusat, PH dan PAS cari penyakit jika tidak bubar DUN negeri mereka. 

Secara tuntasnya, pembubaran DUN dan Parlimen wajar dibuat serentak bagi melancarkan proses demokrasi dengan memudahkan rakyat untuk keluar mengundi.

No comments:

Post a Comment