Monday, 28 November 2022

FAKTA BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN 2022

 
Terdapat fakta-fakta yang perlu difahami berkaitan Kerajaan Perpaduan 2022 PascaPRU15.

- Merupakan cadangan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang diperkenankan Majlis Raja-raja Melayu.
- Kerajaan Perpaduan ini ditawarkan kepada semua parti politik untuk sama-sama terlibat membentuk kerajaan
- Kerajaan Perpaduan ini bertujuan untuk menstabilkan semula politik negara
- Ia juga bagi memperkukuhkan kembali intergrasi nasional yang terhakis akibat kempen PRU15 yang meniup sentimen kaum dan agama yang keterlaluan
- Seterusnya memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi pascaCovid-19 dan persediaan menghadapi krisis ekonomi dunia 2023
- Parti yang menyahut seruan YDPA untuk membentuk Kerajaan Perpaduan adalah PH, BN, GPS, GRS, Warisan, PBM dan bebas
- Parti menolak menyertai Kerajaan Perpaduan adalah Perikatan Nasional (PN)
- Sokongan Kerajaan Perpaduan telah menghampiri 2/3 majoriti Dewan Rakyat yang membentuk sebuah kerajaan stabil
- Kerajaan Perpaduan mewakili semua kaum, agama dan kawasan (Semenanjung, Sabah, Sarawak)
- Usaha menggugat Kerajaan Perpaduan boleh dianggap sebagai perbuatan khianat serta membelakangkan seruan YDPA dan Majlis Raja-raja Melayu

No comments:

Post a Comment