Monday, 12 December 2022

AKHLAK CERMIN BUDI PEKERTI

 
Akhlak ialah budi pekerti, kelakuan dan tabiat. Jadi, akhlak mencerminkan peribadi dan tingkah laku seseorang, sama ada dia seorang yang sopan lagi beradab atau sebaliknya.
 
Akhlak yang baik memberi kebaikan kepada orang lain, jadi penyejuk, pendamai, mudah didekati sama ada ketika dia berharta atau miskin, berkuasa atau lemah, berkeadaan sihat atau sakit.
 
Rasulullah (SAW) telah diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sabda baginda bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan kemuliaan budi pekerti" - (Hadis riwayat Ahmad)
 
Di dalam al-Quran juga, Allah SWT telah mengakui bahawa kekasih-Nya Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang terbaik untuk diikuti sebagaimana firman-Nya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” - (Surah al-Ahzab, ayat 21)
 
Nabi SAW tidak pernah sekalipun berbicara kotor (keji) dan juga tidak pernah berbuat keji.
 
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang terbaik daripada kamu adalah orang yang paling baik akhlaqnya." - (Hadis riwayat Bukhari, nombor 3295)
 

No comments:

Post a Comment