Sambutan Tahun Baharu Cina penuh dengan
tradis dan kepercayaan. Salah satu tradisi dan kepercayaan orang Cina ketika
sambutan Tahun Baharu Cina ialah keberadaan limau mandarin atau di Malaysia ia
turut dikenali dengan nama lokam atau lukan.
Beberapa minggu sebelum sambutan Tahun
Baharu Cina, pasar raya dan pusat perniagaan mula dipenuhi dengan kotak lokam.
Lokam adalah salah satu jenis atau varieti
limau mandarin. Dengan kata lain, tidak semua limau mandarin boleh dipanggil
lokam.
Namun, dalam istilah umum kerana kuantiti lokam
paling banyak di pasaran, maka ada yang menamakan semua limau mandarin sebagai
lokam. Lokam diimport dari negara China.
Pun begitu, individu yang mahir dengan varieti
limau mandarin akan menyebutnya dengan nama yang tepat.
Nama varieti lain limau mandarin ialah
ponkan, swetow, mikan, emperor tangerines, dekopon dan banyak lagi.
Lokam bukan sahaja sedap dimakan kaya
dengan khasiat, ada mengatakan bahawa ‘benang-benang putih’ pada lokam boleh
jadi ubat.
Salah satu petua untuk memilih lokam yang
manis ialah dengan memerhatikan atau melihat pada lekuk pusaran pada bahagian
buntut atau bawahnya.
Semakin berkerutu dan berkedut ke dalam,
maka itu tanda rasanya manis.
No comments:
Post a Comment