Terdapat beberapa terori mengenai
kedatangan Islam ke alam Melayu. Pertamanya bersumberkan kepada sejarah China.
Sumber itu menyebut pendakwah Islam berasal dari Tanah Arab yang mana pada abab
ke-7 Masihi telah terdapat orang-orang Arab yang menetap di Sumatera.
Menurut
satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun
Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan
salah seorang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke
Nusantara untuk menyebarkan Islam.
Kumpulan
itu berjaya mengislamkan Raja Perlak dan kemudian mendapat sokongan raja itu
untuk pendakwah menyebarkan Islam di negara berkenaan.
Teori lain menyebut bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu berlaku melalui India hasil hubungan pedagangan. Peniaga muslim mengambil kesempatan menyebarkan Islam di tempat-tempat mereka menjalankan perniagaan.
Terdapat
dua pusat perhubungan yang disebut sebagai asal pedagang dari India iaitu
Gujerat dan Malabar. Kedua-dua tempat itu dikatakan menjadi pusat
pengembangan Islam di benua India yang telah melahirkan banyak peniaga Muslim
yang kemudiannya mengembangkan perniagaan ke seluruh Nusantara dan pada masa
sama mengambil kesempatan menyebarkan Islam di tempat mereka berdagang.
Kumpulan
ini mengamalkan mazahab Syafie dan sebab itu penganut Islam di Nusantara
menjoritinya bermazahab Syafie hingga ke sekarang.
Manakala
teori lain pula menjelaskan kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dari
pedagang atau hubungan dengan negara China. Dikatakan, Islam telah sampai ke
Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman Affan. Baginda telah menghantar
bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk
menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.
Bermua
dengan itu, hubungan kerajaan Islam di Arab dengan China terus berlangsung
dengan baik dan berjaya mengembangkan Islam di negara berkenaan, terutama di
Yunan yang telah menjadi negara Islam.
Orang Islam dari Yunan dikatakan telah
berpindah ke kawasan lain di Asia Tenggara seperti Kemboja dan Semenanjung
Tanah Melayu. Penyebaran Islam di alam Melayu dilakukan orang Cina dikatakan
bermula pada abab ke 10 dan 11 Masihi.
Teori lain menyebut bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu berlaku melalui India hasil hubungan pedagangan. Peniaga muslim mengambil kesempatan menyebarkan Islam di tempat-tempat mereka menjalankan perniagaan.
No comments:
Post a Comment