Dr Hafidzah Mustakim secara rasmi menjadi calon
Pakatan Harapan (PH) bagi N09 Kota Lama, dalam Parlimen Kota Bharu, Kelantan
apabila borang pencalonan beliau diterima dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Jubli Perak,
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam di sini pada pagi tadi.
Beliau yang pernah menjadi calon PH pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-15) pada tahun 2018 bagi N08 Tanjung Mas dan sekali lagi
menawar diri menjadi calon PH pada PRU-15 pada 2022 untuk P021 Kota Bharu, berdiri
teguh dengan keyakinan dan semangat untuk mewakili dan berkhidmat kepada rakyat.
Beliau bertekad ingin menjadi suara anda di
peringkat kerajaan, memperjuangkan kepentingan masyarakat setempat.
“Percayalah, undi anda amat berharga! Pilihlah
Calon Nombor 1 N09 DUN Kota Lama, dan bersama-sama kita bawa Kelantan ke arah
lebih baik.” tulis Hafidzah di FB miliknya.
“Saya berjanji untuk berkhidmat dengan
sepenuh hati, memperjuangkan keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk
setiap warga Kelantan.
“Mari bersama-sama kita wujudkan perubahan
positif dan kesejahteraan yang lebih merata di N09 DUN Kota Lama. Bersama, kita
mampu mengukir sejarah dan memajukan negeri tercinta kita!
“Jangan lupa, tarikh penting: hari
mengundi! Pastikan anda keluar dan mengundi pada hari pilihan raya. Setiap undi
anda adalah suara untuk masa depan keluarga, komuniti, dan negeri kita.
“Saya berterima kasih atas sokongan dan doa
dari setiap individu. Bersama-sama, kita dapat mencapai perubahan yang
diimpikan. Mari bergerak maju, Kelantan!” tulisnya memohon sokongan pengundi N09
Kota Lama.
No comments:
Post a Comment