Ketika proses penamaan calon, hanya mereka
yang mempunyai pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan
memasuki dan berada di dalam dewan, selain pasukan keselamatan.
Selain petugas SPR, pas dikeluarkan kepada
calon, wakil calon, pencadang, penyokong dan wakil media.
Selain individu berkenaan, tidak ada individu
lain yang dibenarkan memasuki dewan penamaan calon, termasuklah ketua parti,
perdana menteri, menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
Contoh, jika ketua parti datang melawat
kawasan penamaan calon, dia hanya dibenarkan berada di kawasan sepertimana
dibenarkan kepada penyokong atau orang awam lain. Dalam kes ini, biasanya ketua
parti datang melawat secara tidak rasmi dan tiada sambutan, melainkan hanya
ahli parti (atau anggota keselamatan) yang mengiringinya.
Jadi, kalau tidak banyak mengiringi ketua
parti, itu bukan bermakna parti tidak tidak mendapat sokongan.
No comments:
Post a Comment