Ketika proses kempen pilihan raya, satu
tempat paling penting diwujudkan setiap parti atau calon yang bertanding ialah bilik
gerakan, bilik operasi dan lain yang semaksud dengannya.
Bilik gerakan biasanya ditubuhkan mengikut peringkat-peringkat
tertentu seperti peringkat pusat atau negara, peringkat negeri, peringkat
parlimen, peringkat dewan undangan negeri dan peringkat pusat daerah mengundi.
Dari bilik gerakan inilah dikeluarkan
arahan, panduan, peralatan logistik dan tempat pengurusan.
Pejawat parti akan berkumpul di bilik gerakan
untuk mengetahui dan mendapat arahan berkaitan aktiviti kempen.
Di bilik gerakan juga diadakan mesyuarat, perbincangan
dan bertukar-tukar pandangan.
Kehadiran di bilik gerakan boleh dianggap
sebagai tanda semangat dan ada kekuatan untuk berjuang.
Berada di bilik gerakan boleh dianggap sebagai
tempat cas semangat. Mengembalikan kekuatan fizikal setelah penat. Menaikkan
semangat ketika rasa kecewa.
Bilik gerakan perlu dihias cantik. Berada
dalam keadaan kemas dan teratur. Ada yang menghiasi di dinding seperti gambar,
carta dan yang berkaitan dengan kempen. Jangan lupa letakkan juga papan putih
bersama pen.
Paling penting, jangan lupa sediakan makanan dan minuman. Jentera perlukan kepada makanan dan minuman untuk terus bertenaga dan bersemangat.
Maka itu, parti atau calon perlu mengadakan
bilik gerakan masing-masing. Tidak elok berkongsi bilik gerakan melibatkan dua
unit berbeza.
Memang tidak selesa jika bilik gerakan
peringkat DUN digabungkan bersama dengan bilik gerakan peringkat PDM. Atau dua
PDM bergabung di satu bilik gerakan atau tempat yang sama.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment