Pas tentunya sudah dapat merasa denyut
perasaan penyokongnya berkaitan hubungan parti itu dengan Gerakan. Banyak
kedengaran, penyokong Pas tidak senang hubungan dengan Gerakan.
Hal ini berlaku terutamanya di Pulau Pinang
apabila kerusi majoriti Melayu yang sepatutnya diperuntukkan kepada calon Pas,
tetapi telah diserah kepada Gerakan.
Rasa tidak puas hati ini diterjemah melalui “protes” ketika satu ceramah
mega di Tasek Gelugor: Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best di Sungai Dua
pada 1 Ogos dianjurkan tanpa membabitkan kehadiran kepemimpinan mahupun calon
dari Gerakan.
Ceramah mega yang menampilkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang
serta Pengerusi Perhubungan Bersatu Pulau Pinang, Zulkifli Bakar.
Difahamkan, Timbalan Presiden PN merangkap Presiden Gerakan, Datuk Dr
Dominic Lau Hoe Chai hadir ke ceramah itu, namun Pengerusi PN Pulau Pinang itu
diminta untuk meninggalkan majlis kerana dikatakan tidak diundang untuk
menyertai program berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, ketika
dihubungi mengesahkan parti itu tidak diundang untuk menghadiri program Ceramah
Mega PN Best berkenaan.
Sepatutnya, kalaupun tidak diundang, alang-alang sudah datang, janganlah
diminta meninggalkan majlis tersebut. Hormatlah kepada jawatan Dominic sebagai Timbalan
Presiden PN Pusat. Bukan kaleng-keleng jawatan tu. Jawatan nombor dua dalam
struktur parti.
No comments:
Post a Comment