Tuesday, 1 August 2023

Bilik Gerakan Pakatan Harapan N09 Kota Lama

  
Majlis perasmian Bilik Gerakan Pakatan Harapan N09 Kota Lama disempurnakan pada 30 Julai 2023, jam 2100 oleh Tan Sri Fatmi Che Salleh.
 
Fatmi adalah Pengarah Jentera Pilihan Raya BN-PH Parlimen Kota Bharu. Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
 
Bilik gerakan tersebut terletak di Jalan Kebun Sultan, bersetentang dengan bangunan Dewan Perniagaan Cina Kelantan.
 
Pada majlis tersebut turut dihadiri calon Pakatan Harapan N09 Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan jentera parti dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment