Wednesday 2 August 2023

PENYOKONG PAS KREATIF MEMBUAT REPLIKA

 
Penyokong Pas diperhatikan paling kreatif dalam membuat replika pada setiap kempen pilihan raya, tidak kira semasa Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) ataupun Pilihan Raya Kecil (PRK).
 
Macam-macam bentuk yang menarik dibina. Replika itu bukan sahaja berskala kecil daripada yang sebenar, bahkan ada yang saiznya cukup besar dan hampir sama dengan bentuk asal.
 
Bukan sedikit usaha yang ditumpukan untuk menyiapkannya. Kreativiti tuntulah mesti hebat. Wang banyak dibelanjakan dan tenaga sudah pasti banyak dikeluarkan.
 
Bila difikir-fikirkan mengapa penyokong Pas begitu beriya-iya membuat replika, maka dapatlah satu jawapan.
 
Sebabnya mudah sahaja. Pas suka kepada yang berbentuk kosmetik sahaja. Disebabkan tidak mampu membuat yang sebenar, maka cukuplah membuat replika sahaja.
 
Contohnya, kalau dibuat replika kapal terbang, maka bolehlah penyokongnya merasai masuk dalam kepal terbang, biarpun sekadar replika.
 
Itulah hakikat Pas yang sekadar mengula-gulakan penyokong dengan replika dan batu asas sahaja.

No comments:

Post a Comment