Sempena Program Jelajah eKasih @ Kota Lama
bertempat di Dataran Muhammadi, Kala Sentral, Kota Bharu, turut diadakan
Kayuhan Madani dengan memberi tumpuan melawat keluarga yang tersenarai dalam eKasih
di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeru (DUN) Kota Lama.
Program Kayuhan Madani disertai oleh Jasri Kasim,
Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan dan Dr Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama,
serta pemimpin setempat.
Program ini adalah satu inisiatif yang
sangat bernilai, yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada keluarga eKasih
yang memerlukan. Peserta kayuhan telah menyantuni beberapa buah rumah daripada
keluarga eKasih bermula dari kawasan Kampung Dusun, Lorong Gajah Mati, Kampung
Atas Paloh dan berakhir di Pasar Kubang Pasu. Sumbangan wang tunai dan barang
keperluan asas telah disampaikan kepada keluarga eKasih yang diziarahi.
Selain itu, dalam kayuhan terakhir di Pasar
Kubang Pasu, pihak ICU JPM serta ADUN Kota Lama turut menyerahkan sumbangan
untuk menaik taraf Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu. Ini adalah langkah positif
untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Semoga penglibatan dan usaha bersama dapat
memberikan impak yang positif kepada masyarakat dan semoga Program Jelajah
eKasih terus menjadi medium untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sumber FB Dr. Hafidzah Mustakim
No comments:
Post a Comment