Ubi gadong mempunyai rasa unik. Ia merupakan makanan tradisi rakyat Kelantan zaman dahulu. Ubi gadong dikukus bersama beras pulut
dan dimakan bersama kelapa parut.
Namun, sekarang ini ubi gadong semakin
sukar dijumpai. Ia tidak lagi ditanam atau jika ada yang ditumbuh secara semula
jadi, ia tidak dipedulikan oleh kebanyakan orang. Malah ada yang tidak tahu
tentang ubi gadong.
Sebenarnya, ubi gadong atau dalam bahasa saintifiknya “Dioscorea hispida” jenis ubi yang
beracun. Namun, masyarakat dahulu kreatif dan bijak untuk memproses ubi gadong
selamat dimakan.
Ia ada kaitan dengan sumber makanan dahulu yang agak terhad,
terutama mereka tinggal di pedalaman atau pinggir hutan. Bekalan makanan sukar
diperolehi, terutama ketika musim tengkujuh apabila kerja-kerja pertanian sukar
dilakukan dan banyak yang mengalami kerosakan ditenggelami air.
Cara pemerosesan ubi gadong untuk membuang komponen sianida dalam kumpulan alkaloidnya ialah dengan cara direndam di dalam air untuk tempoh masa tertentu, sekurang-kurangnya tiga hari.
Ubi gadong yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam guni gandung atau guni yang jenis telap air dan kemudian direndam di dalam air untuk proses membuang racun (discorina) sebelum boleh dimakan atau digunakan sebagai ubatan.
Air rembesan dari ubi gadong berbau busuk dan beracun itu menyebabkan hidupan air akan menjauhkan diri. Untuk cepat hilang racun ia perlu diletakkan di tempat air mengalir.
Satu cara untuk mengetahui bahawa ubi gadong sudah selamat dimakan ialah akan ada anak-anak ikan berada berhampiran dengan guni. Bahkan, anak-anak ikan akan mematuk-matuk bahagian guni untuk mendapatkan ubi gadong yang berada di dalam.
Pun begitu, mereka yang pernah makan ubi gadong pasti akan terkenang tentang keenakan dan keunikan makan ubi gadong. Sebab itu, jika ada orang menjual ubi gadong yang telah siap dimasak, ia laku dan tidak mencukupi bekalan.
Ubi gadung dikatakan berasal dari India tetapi tersebar luas ke Asia Tenggara di kawasan hutan sekunder, belukar dan turut ditanam di kawasan taman.
Dapatkan ubi gadong siap proses selamat dimakan secara dalam talian
Di Shopee




No comments:
Post a Comment