Mengikut definisi Kamus Dewan Edisi
Keempat, kuih koci adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut
(diberi berinti kelapa bercampur gula dan digungkus dengan daun pisang).
Namun, di Kelantan kebanyakan inti kuih koci
adalah kacang hijau yang dimasak bersama santan, gula, nise (gula melaka) dan
sedikit garam.
Menariknya, kuih koci di Kelantan kini
semakin “comel” apabila cara pembalutan yang dibuat dalam ukuran kecil,
berwarna warni dan “gemuk”.
Memang tekun pembuatnya apabila belutan
kecil menggunakan daun pisang itu lekat kemas dan sekata biarpun ukuran adunan
telah menjadi besar dan gemuk selepas dikukus.
Resipi kuih koci Kelantan
Bahan inti kacang hijau :
- 1/2 cawan kacang hijau yang direndam selama 4 jam
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula melaka hancur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan santan sederhana pekat
- Secubit garam
Cara memasak inti
- Rebus kacang hijau yang telah direndam tadi sehingga kembang dan empuk dengan 2 cawan air.
- Biarkan air kering tinggal sedikit kemudian masukkan santan, gula, gula melaka dan garam.
- Teruskan kacau sehingga sebati.
- Sambung kacau sehingga santan kering dan inti kacang mula sedikit keras.
- Tutup api dan angkat.
- Inti yang lembik sewaktu panas akan menjadi keras apabila sejuk.
- Apabila telah sejuk, buatkan bentuk bulat mengikut saiz yang dikehendaki.
Bahan membuat doh
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/4 cawan air
- Secubit garam
- Pewarna pilihan
- Sedikit minyak masak
Cara membuat doh :
- Dalam bekas, satukan tepung pulut dengan sedikit garam
- Masukkan santan dahulu serta ramas sebati
- Masukkan air sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga tekstur doh tidak lagi lembik, tidak keras serta tidak melekat di tangan.
- Kalau hendak masuk pewarna, masuk pada waktu ni .
- Bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki.
Cara membungkus atau membalut
- Guna daun pisang.
- Daun pisang yang dipotong perlu dilayurkan terlebih dahulu bagi memastikan tidak mudah koyak ketika proses membalut
- Sapu daun pisang dengan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat.
- Ambil doh dan dileperkan
- Letak inti kacang dan tutup semua inti itu dengan doh
- Letak di atas daun pisang
- Untuk kemas, lipat kedua-dua hujung ke belakang
Proses mengukus
- Panaskan air dalam pengukus
- Apabila air mendidih, susun kuih koci dalam pengukus
- Kukus selama 10-15 minit menggunakan api besar.
- Siap untuk diangkat.

No comments:
Post a Comment