Bunga telang (Clitoria ternatea) bukan
sahaja sekadar berfungsi sebagai pewarna semula jadi, tetapi juga mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh.
Ada banyak khasiat bunga telang biru terhadap
kesihatan. Di samping kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah, bunga
telang biru juga boleh digunakan untuk merawat atau mengatasi masalah rambut
dan kulit.
Selain itu ia juga baik untuk kesihatan mata, memulihkan masalah
sukar tidur, antikanser dan menyihat organ dalaman wanita.
Cara penggunaan bunga telang ialah sama ada bunganya dibuat ulam
atau direndam di dalam air panas dan kemudian diminum airnya. Bunga telang juga boleh dijemur kering dan kemudian ia dijadikan
teh.
Jika anda ingin mengambil bunga telang biru, pastikan anda
mengambilnya dalam jumlah yang sederhana. Buat masa ini, pakar masih belum
pasti jika bunga telang biru mempunyai sebarang kesan sampingan terhadap
kesihatan.
Di Kelantan terdapat nasi kerabu berwarna biru. Warna biru itu adalah pewarna semula jadi hasil rendaman bunga telang.
No comments:
Post a Comment