Sunday, 29 December 2024

PASAR SITI SARAH, SELISING

 
Pasar Siti Sarah, Selising. Asalnya nama pasar ini ialah Pasar Awam Selising, terletak berhampiran Kampung Padang Pak Omar. 

Pecah tanah tapak pasar itu telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mustapa bin Mohammed pada 20 Januari 2018.
 
Projek bernilai RM5 juta itu diluluskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menggantikan pasar lama yang terbakar pada 18 Disember 2015.
 
Pasar terbabit terletak kira-kira 700 meter dari tapak asal berhampiran Cabang Tiga Selising.
 
Tapak asal Pasar Siti Sarah merupakan bekas sawah padi yang ditambun semula seluas lebih satu hektar. Ia terletak berhampiran laluan utama Kota Bharu-Pasir Puteh.

Pembinaannya dikendali syarikat MMY Resources.
 
Operasi Pasar Siti Sarah bermula pada 06 Januari 2020. 

No comments:

Post a Comment