Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu memberi
penekanan untuk menyantuni ahli di peringkat akar umbi untuk merapatkan
hubungan dan memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat
mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Ketuanya, Wan Salmiah binti Wan Ab Ghani berkata, aktiviti di peringkat ahli cawangan akan dipergiatkan kerana yakin bahawa kekuatan parti, khususnya Wanita Bahagian adalah hasil sokongan ahli peringkat cawangan.
“Tanpa sokongan ahli peringkat cawangan, UMNO tidak mampu untuk melakukan aktiviti dan akan hilang sokongan, terutama untuk meraih kepercayaan ketika pilihan raya umum (PRU) akan datang
Salmiah dilantik memangku jawatan ketua wanita bahagian berkuat kuasa pada 1 Jan 2025, apabila ketuanya Khazuni binti Othman meletakkan jawatan atas alasan yang tidak dinyatakan.
Beliau menyeru agar ahli kekal setia kepada parti biarpun kepimpinan bertukar. Katanya, pemimpin boleh bertukar ganti, tetapi kesetiaan terhadap parti tetap kekal berada di bawah panji-panji UMNO.
Beliau ditemui ketika melakukan kunjungan menyantuni beberapa keluarga yang ditimpa musibah.
“Kunjungan seumpama ini akan diperbanyakkan, di samping aktiviti melibatkan ahli peringkat cawangan secara berkelompok atau skala lebih besar”, tuturnya.

Wan Salmiah binti Ab Ghani
No comments:
Post a Comment