Hubungan dalam keluarga memang rapat. Hidup
kita bermula d dalam keluarga. Bahagia atau duka hidup kita bergantung bagaimana
hubungan dalam keluarga.
Keluarga adalah kelompok manusia yang hidup
dalam keadaan berkasih sayang, saling menghormati, saling bertanggungjawab,
sehati, sejiwa dan setia.
Memahami konsep keluarga itu, maka Wanita
UMNO Bahagian Kota Bharu menekankan nilai-nilai kekeluargaan di kalangan
ahlinya.
Ketuanya, Wan Salmiah Wan Ab Ghani berkata, nilai-nilai murni yang diamalkan dalam hubungan kekeluargaan akan diterapkan di kalangan ahli sebagai satu keluarga besar agar bersatu hati membina kekuatan dan kecemerlangan bersama.
“Sejati, sejiwa dan setia adalah teras utama yang membentuk rasa kasih sayang, saling menghormati dan saling bertanggungjawab dalam sebuah organisasi mampu membina kekuatan dan kecemerlangan kepada Wanita UMNO Kota Bharu”, katanya.
Beliau mengakui berdepan cabaran besar untuk melaksanakan impian tersebut, tetapi penuh yakin bahawa nilai-nilai baik yang diharapkan itu akan terbina dan menjadi satu budaya hubungan yang diamalkan bersama.
Salmiah dilantik pemangku ketua berkuatkuasa 1 Jan 2025 ekoran penyandang jawatan, Khazuni binti Othman meletak jawatan.
Tidak mengambil masa lama, beliau terus
mengorak langkah bersama ahli jawatankuasa mengumpulkan ahli peringkat akar
umbi untuk bersama-sama satu keluarga yang kukuh dalam satu majlis ramah mesra.
Seterusnya, Salmiah mengunjungi ahli akar
umbi dalam pelbagai bentuk atau pendekatan seperti melawat keluarga si mati, keluarga
ditimpa musibah, ramah mesra dan seumpamanya.
Diharapkan dengan program seumpama itu,
semangat dan nilai kekeluargaan dapat diterapkan dan diamalkan di kalangan
Wanita UMNO Kota Bharu.
Ketuanya, Wan Salmiah Wan Ab Ghani berkata, nilai-nilai murni yang diamalkan dalam hubungan kekeluargaan akan diterapkan di kalangan ahli sebagai satu keluarga besar agar bersatu hati membina kekuatan dan kecemerlangan bersama.
“Sejati, sejiwa dan setia adalah teras utama yang membentuk rasa kasih sayang, saling menghormati dan saling bertanggungjawab dalam sebuah organisasi mampu membina kekuatan dan kecemerlangan kepada Wanita UMNO Kota Bharu”, katanya.
Beliau mengakui berdepan cabaran besar untuk melaksanakan impian tersebut, tetapi penuh yakin bahawa nilai-nilai baik yang diharapkan itu akan terbina dan menjadi satu budaya hubungan yang diamalkan bersama.
Salmiah dilantik pemangku ketua berkuatkuasa 1 Jan 2025 ekoran penyandang jawatan, Khazuni binti Othman meletak jawatan.
No comments:
Post a Comment