Pertubuhan Rakan Wanita Prihatin Kelantan
(Perwatan) ditubuhkan sebagai wadah jaringan aktiviti melibatkan wanita dan
masyarakat secara keseluruhannya.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini yang
berteraskan kepada cogan kata Setia, Sehati, Sejiwa akan menumpukan aktiviti
kerja-kerja amal, riadah dan kebajikan di kalangan ahli dan anggota masyarakat.
Pengerusinya, Wan Salmiah binti Ab Ghani
berharap Perwatan yang baharu sahaja ditubuhkan secara rasmi pada 10 Jan 2025 dapat
diterima dan dapat berganding bahu dengan NGO lain bagi menyebarluaskan
aktiviti kesuikarelawan secara lebih berfokus dan berkesan.
Beliau menyatakan rasa syukur dengan
sambutan awal daripada pemimpin masyarakat yang terus menyokong dan menyertai
Perwatan, serta memberi aku janji dan kesanggupan untuk bersama-sama menjayakan
aktiviti yang bakal diadakan nanti.
“Kerja-kerja atau aktiviti kesukarelawan
memerlukan sokongan semua pihak, khususnya pemimpin setempat, agar setiap
aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaatkan kepada individu, keluarga dan
masyarakat keseluruhannya.” jelasnya ketika ditemui di majlis perasmian yang
diadakan di Pondok Sayang, Kampung Langgar, Kota Bharu.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian
Kota Bharu berharap aktiviti yang diadakan akan mendapat sokongan rentas parti,
sesuai dengan matlamat penubuhannya yang ingin melibatkan semua lapisan
masyarakat.
Wan Salmiah Ab Ghani
No comments:
Post a Comment