Tuesday, 15 April 2025

NAIK TARAF LRA MERBAU CHONDONG

 
Naik taraf LRA Merbau Chondong. Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong dinaik taraf untuk meningkatakan penghasilan daripada 45 JLH kepada 70 JLH.

Projek naik taraf dengan keseluruhan bajet daripada Kerajaan Negeri yang melibatkan kos sebanyak RM9.45 juta.
 
Projek yang bermula pada November 2024 dan dijangka siap penghujung 2026 ini akan dapat memenuhi keperluan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat.
 
Pada masa yang sama, masalah 'air hitam' akibat kehadiran unsur asing juga akan selesai dengan naik taraf LRA.
 
Peningkatan penghasilan air dari LRA Merbau Chondong bakal dimanfaatkan penduduk Machang, sebahagian Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan seperti institusi pengajian UiTM Machang, Kolej Matrikulasi Kelantan dan Politeknik Kok Lanas dapat menerima perkhidmatan air yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment