Tuesday, 22 April 2025

KERETA API LAJU WHOOSH INDONESIA

 
Whoosh merupakan kereta api berkelajuan tinggi yang beroperasi antara Jakarta dengan Bandung. Kelajuan Whoosh boleh mencapai 350 kilometer perjam, kereta api lapan gerabak buatan China itu mampu menampung lebih 600 orang penumpang setiap kali perjalanan.

Ia telah dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) yang terdiri daripada empat syarikat negara Indonesia dan China Railway International Co.

Pada 2 Oktober 2023, perkhidmatan kereta api ini dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Stesen Halim, Jakarta.

Nama Whoosh diinspirasikan ­daripada bunyi dikeluarkan kereta api berkelajuan tinggi seumpamanya selain singkatan daripada slogan ‘Waktu Hemat Operasi Optimal Sistem Hebat (jimat masa operasi optimum sistem hebat).

Perkhidmatan kereta api canggih tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Jalan China, mencecah RM34.27 bilion.

Melibatkan jarak 142.3 kilome­ter, laluan rel berkelajuan tinggi yang diselia oleh syarikat usaha sama, PT Kereta Cepat Indonesia China (PT KCIC) itu beroperasi menggunakan tenaga elektrik dan sifar pelepasan karbon.

Perkhidmatan tren berkelajuan tinggi itu mampu memendekkan masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung daripada tiga jam sebelum ini kepada cuma kurang sejam.

Sebagai tambah nilai kepada kelajuannya, bullet train itu diubah suai untuk berdaya tahan kepada iklim tropika Indonesia serta dilengkapi sistem keselamatan canggih yang berupaya bertindak balas dalam situasi kecemasan seperti gempa bumi serta banjir.

No comments:

Post a Comment