Lebih 30,000 rakyat Kelantan hadir menyaksikan perarakan
sebanyak 18 buah kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan
Muhammad V ke-56 yang berlangsung pada 4 Okt 2025.
Perarakan itu turut disertai pasukan bergajah, pasukan berkuda
diiringi seramai 56 hulu balang, 10 beca berhias dan kumpulan motosikal
berkuasa tinggi Kelantan termasuk pelbagai persembahan menarik.
Perarakan kereta berhias berlangsung sepanjang lebih dua
kilometer bermula dari Kompleks Kota Darulnaim hingga Stadium Sultan Muhammad
IV, dengan disaksikan ribuan rakyat yang membanjiri kiri dan kanan laluan.
Perarakan itu disertai Majlis Daerah Tumpat, Pejabat Tanah
dan Jajahan Pasir Puteh, Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Kelantan, Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam, Majlis Perbandaran Kota
Bharu Bandar Raya Islam, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Jabaran Kerja Raya
dan lain-lain agensi.
Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyaksikan
perarakan tersebut bersama rakyat jelata.
Keterujaan rakyat negeri ini jelas kelihatan kerana kali
terakhir acara sedemikian dianjurkan adalah lebih 10 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment