Terowong Genting, sebahagian laluan landasan kereta api
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian
Book of Records dalam dua kategori.
Pengiktirafan pertama ialah Terowong Rel Terpanjang di
Malaysia sejauh 16.39 kilometer. Memandangkan Malaysian Book of Records hanya
untuk peringkat Malaysia, maka ia hanya disebut bagi Malaysia sahaja, walaupun
sebenarnya terowong tersebut juga merupakan yang terpanjang di Asia.
Bagi ketegori kedua ialah sebagai Terowong Rel Bertanah
Tertinggi (Overburden) setinggi 750 meter.
Pengiktirafan ini bukan sekadar angka, tetapi juga membuktikan keupayaan Malaysia
dalam menawan cabaran geografi melalui kepakaran kejuruteraan dan perancangan
infrastruktur bertaraf dunia. Kejayaan ini menjadi asas kukuh untuk masa depan
jaringan rel dan pertumbuhan ekonomi serantau.
Terowong itu menyambung Bukit Tinggi, Pahang ke Gombak,
Selangor, merentasi Banjaran Titiwangsa. Pembinaannya memanfaatkan Mesin
Pengorek Terowong (TBM) tercanggih dan terbesar pernah digunakan di Malaysia.
Pembinaan landasan di Seksyen 7 turut membabitkan pembinaan landasan subgrades sejauh 19.24 kilometer dan 23 jambatan sepanjang 14.84 kilometer serta 12 terowong sepanjang 22.65 kilometer.
Terowong jenis berkembar itu mula operasi penggerudian Jun 2022 untuk menembusi Banjaran Titiwangsa di Bukit Tinggi, Pahang dan keluar di bahagian negeri Selangor berdekatan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
TBM ini dibawa dan direka khas dari China dan boleh melakukan kerja penggerudian batuan keras serta dilengkapi empat silinder tork.

No comments:
Post a Comment