Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan mengadakan
latihan kepada fasilitator yang bakal mengendalikan program Selamat Ke Sekolah,
Selamat Ke Rumah (SKS SKR) kepada pelajar sekolah.
Latihan ini bertujuan memastikan para fasilitator lebih
bersedia dari segi penyampaian, pengendalian aktiviti serta kefahaman modul
sepanjang program yang dijalankan di sekolah terpilih.
Fasilitator adalah sukarelawan yang telah didedahkan dengan
latihan pengendalian program di pelbagai peringkat.
Justeru, latihan pengendalian SKS SKR adalah lanjutan kepada
pengukuhan kemahiran sedia ada agar aktiviti yang dikendalikan dapat berjalan
lancar.
Program SKS SKR mendidik pelajar aspek keselamatan semasa ke
sekolah dan pulang dari sekolah, terutama pelajar yang pergi dan pulang
sendiri.
Pun begitu, ia tidak terkecuali kepada pelajar yang dihantar
dan diambil oleh ibu atau bapa, kerana banyak aspek keselamatan tetap perlu
dipatuhi.
Pelajar didedahkan tentang kemungkinan ancaman atau bahaya yang
ada di sekeliling dan tindakan langkah pencegahan yang perlu dilakukan.

No comments:
Post a Comment