Air kumbahan ialah air terpakai atau sisa cecair yang
telah dicemari oleh aktiviti harian manusia. Ia terdiri daripada campuran air
hitam (najis/tinja) dan air kelabu (air mandian, basuhan dapur, dan mesin
basuh).
Air kumbahan memang menjijikan dengan bau yang tidak
menyenangkan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan kerana mempunyai bakteria
yang membahayakan.
Justeru, air kumbahan perlu diuruskan dengan baik agar tidak
mengalir merata-rata. Ia perlu dialirkan ke dalam tangki septik. Tangki septik
ialah sistem rawatan pembetungan skala kecil yang berfungsi menakung,
memendap, dan merawat air sisa kumbahan domestik secara biologi.
Elakkan sama sekali air kumbahan itu mengalir tanpa diurus
di kawasan kediaman, lebih-lebih lagi kalau ia masuk mengalir ke kawasan
kediaman jiran. Perkara ini boleh mendatangkan masalah hubungan sesama jiran.
Uruslah air kumbahan agar tidak mendatangkan masalah
hubungan sesama jiran, pemandangan menjijikan dan masalah kesihatan.

No comments:
Post a Comment