Friday, 9 June 2017

Jom Gulai dan Buat Biskut


Aktiviti bersama atau dalam kelompok perlu dilakukan sebagai satu medan untuk membentuk sikap saling menghormati, kerjasama dan berkongsi kemahiran. Demikian tutur Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Parlimen Kota Bharu, Madihah Abd Aziz berkaitan tujuan Program Jom Gulai dan Buat Biskut yang diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2.

Tambah Madihah lagi, biarpun program dilihat ringkas dan biasa, tetapi ia memberi kesan yang cukup baik untuk membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat.

"Semangat gotong rayong dan melakukan aktiviti bersama amat penting kerana mampu mengeratkan silaturahim dan saling menghormati antara satu sama lain," katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu.

Menurutnya, semangat melakukan aktiviti bersama semakin kurang dilakukan kerana urusan kenduri kendara sekarang ini lebih banyak dilakukan secara ketering atau dibuat di hotel dan restoran mewah.

"Dulu majlis kenduri kendara dilakukan secara gotong rayong melibatkan seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung, tetapi kini semakin susah untuk mencari susasana sedemikian," ujar Madihah.

Beliau berharap program Jom Gulai dan Buat Biskut yang dihadiri 70 orang wanita sekitar Kota Bharu itu dapat diteruskan dengan program-program lain seumpama itu pada masa depan.

No comments:

Post a Comment