Pada
usia 12 hingga 18 bulan, kanak-kanak sudah mula pandai berjalan atau menapak
tanpa bantuan, tetapi masih dalam fasa jatuh dan bangun.
Apabila
dia dah mula "dapat kaki", maknanya dia makin nampak dunia dia
semakin luas. Dia sudah mula minat hendak meneroka macam-macam yang ada di
sekeliling dia.
Waktu
ini kanak-kanak akan cuba untuk pelbagaikan kemahiran motor kasar dan motor
halus dia. Antara contoh aktiviti yang dia akan mula buat ialah mencapai objek
yang lebih tinggi, memanjat, menari ikut rentak muzik, pusingkan badan,
gelongsorkan badan.
Pada
usia ini juga, kanak-kanak lagi aktif buat aktiviti atau main permainan yang
libatkan "hubungan kesan dan akibat".
Maksudnya,
kalau dia baling mainan, dia nak tengok apa jadi pada mainan itu. Macam mana
bunyinya bila dibaling dan macam-macam lagi.
Ketika
pada usia itu juga kanak-kanak suka sangat tiru gaya atau aksi orang dewasa
walaupun tiada objek pada tangan dia. Contohnya cakap telefon (tangan jadi simbolik
pada telefon), minum air (tangan jadi simbolik pada cawan).
Pada
usia 18 bulan, dia dah mula pandai menconteng. Jadi, ibu ayah perlu bersedia dengan
dinding, lantai malah kereta untuk jadi tempat anak-anak keluarkan segala
kreativiti menconteng.
Ciri-ciri
mainan yang mesti ada pada peringkat usia ini ialah:
-
Warna yang menarik dan terang
- Ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
- Saiz yang besar dari genggaman tangan kanak-kanak.
- Ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
- Saiz yang besar dari genggaman tangan kanak-kanak.
-
Bebas dari toksik dan boleh dibasuh
No comments:
Post a Comment