Friday, 13 December 2019

MARKISA GIANT BERBUAH BESAR

Buah markisa besar atau lebih dikenali markisa giant adalah spesies Passiflora quadrangularis L berasal dari benua Amarika Selatan. Markisa giant termasuk tanaman yang hidupnya menjalar dengan bantuan sulur berbentuk spiral.

Pokok markisa giant boleh dibiakkan menggunakan biji dan batang. Pokok ini digolongkan sebagai mudah ditanam dan membesar. Pucuk muda boleh dijadikan sayur atau ulam.

Apabila berbunga, markisa giant memerlukan proses pendebungan untuk menjadi buah. Bau bunganya semerbak harum.

Pendebungan berlaku secara semulajadi melalui bantuan serangga mahupun tiupan angin. Bagaimanapun cara berkesan adalah secara dilakukan oleh manusia mengikut kaedah tertentu.

Buah markisa berbentuk lonjong berwarna hijau ke putih putihan. Buah muda boleh dibuat sayur. Buah yang sudah masak berwarna kekuningan dan beraroma khas harum buah markisa. Beratnya boleh mencecah sehingga lebih 2 kilogram.

Untuk menjamin mutu buah yang elok dan bebas serangan serangga buah, buah yang masih muda perlu dibalut dengan plastik.

Buah yang masak berbau harum. Isi buah markisa giant seperti tembikai susu. Boleh dimakan terus mahupun dibuat jus.

Busut tinggi dipanggil pusu
Tempat berhinggap si rama-rama
Rasa buah macam tembikai susu
Markisa giant diberi nama 

No comments:

Post a Comment