Friday, 6 March 2020

PUNCA MENGANTUK SEPANJANG HARI


Rasa mengantuk pada waktu malam adalah perkara tabie. Itu tanda bialogi tubuh menberi isyarat agar tidur untuk berehat. Allah menjadikan siang untuk bekerja dan melakukan aktiviti sosial, sedangkan waktu malam untuk berehat dan tidur.

Namun, yang menjadi tidak normal ialah apabila rasa mengatuk sepanjang hari. Terdapat beberapa sebab boleh dikaitkan dengan rasa mengantuk dan letih sepanjang hari. Masalah kekurangan oksigen boleh menjadi punca utama.

Kekurangan oksigen menyebabkan fungsi anggota badan berada di tahap kurang baik, termasuk fungsi otak yang tidak mampu mengawal dan mengarahkan anggota badan lain berada dalam keadaan cergas. 

Makan berlebihan juga faktor menyumbang kepada rasa mengantuk apabila bahagian penghadaman terpaksa berkerja melebihi tahap biasa. Bahagian badan akan berasa letih dan minda lebih terarah untuk tidur.

Sebab-sebab lain punca mengantuk ialah makan makanan manis yang berlebihan, masalah obesiti (masalah kegemukan), penyakit anemia (kurang darah merah), kencing manis, dehidrasi, sakit jantung, depresi (kemurungan), kurang aktiviti fizikal dan masalah kalenjar tiroid.

Mengantuk dan letih bukan sesuatu yang luar biasa. Namun kalau dah setiap hari asyik rasa mengantuk dan letih, walaupun pada sebelah malam sudah tidur awal mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Jika keadaan ini berlarutan sehingga sebulan atau dua bulan anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Rasa mengantuk dan letih ketika memandu juga amat berbahaya. Memandu ketika dalam keadaan mengantuk dan letih sangat membahayakan nyawa kita.

Sesaat sahaja kita terlelap ketika memandu, kebarangkalian untuk mendapat kemalangan adalah amat tinggi iaitu 99 peratus. Ini adalah kerana ketika terlelap, otak kita tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment