Buah
manggis (Garcinia mangostana Linn) merupakan jenis buah tropika yang
termasuk di dalam keluarga Clusiaceae. Buah manggis dikenal dengan sebutan
'Queen fruit' atau ratu buah. Nama lain manggis ialah mesetor, sementah dan
semetah. Dalam dialek Kelantan ia disebut setor atau seta.
Isi
daging buah manggis berwarna putih dengan tekstur sedikit berserat namun ia
adalah agak rangup. Rasanya sangat manis bila cukup masak dan ia menyegarkan
disebabkan ia memang mengandungi banyak air.
Buah
manggis mendapat sambutan kerana kaya khasiat dan nutrisi. Secara tradisi
kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, penyakit
kulit dan cirit-birit.
Kajian
moden mendapati manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam dan
biji. Kajian mendapati kulit buah manggis mengandungi bahan yang dikenali
sebagai Xanthone. Kajian berkaitan khasiat manggis telah dilakukan sejak
tahun 1970-an.
Xanthone
adalah sejenis unsur Polifenol yang baru ditemui saintis yang secara biologinya
aktif dan secara strukturnya sama seperti bahan Bioflavanoids.
Unsur
ini jarang terdapat dalam keadaan semula jadi dan didapati paling banyak ditemui
hanya dalam dua keluarga tanaman seperti Clusiaceae. Terdapat sebanyak 200
jenis bahan xhantones semula jadi yang telah diikenal pasti saintis. Bagaimana
pun sekitar 40 jenis sahaja yang terdapat dalam buah manggis.
Bahan Xanthone
dan bahan yang serupa dengannya telah terbukti memiliki beberapa manfaat. Ini
termasuk antiinflamasi dan antialergi. Ada juga komponen lain dari buah
manggis yang memiliki kualiti sebagai bahan ubat termasuk komponen seperti
Polisacaride, Sterol, Proanthocyanidins dan Catechin dimana bahan ini selalunya
diserap untuk menjaga kesihatan fungsi tubuh.
Di
Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik
seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus untuk memenuhi permintaan penggemar menikmati keenakan rasanya serta mendapat khasiatnya. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli.
Khasiat
xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis
masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti
eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang
biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing
manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik dan saluran usus yang bengkak.
Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen antioksida semula jadi dan juga bahan antibakteria dan antikulat.
Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen antioksida semula jadi dan juga bahan antibakteria dan antikulat.
Vitamin
C, zat besi, niasin, kalsium, protein, fiber, vitamin B1 & B2 dan
lain lain mudah diperoleh secara semula jadi dari pemakanan manggis.
Dapatkan produk berasaskan kulit manggis
- https://s.shopee.com.my/3LKNIsiYjL?

No comments:
Post a Comment