Tuesday, 28 April 2020

JUJUR DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN


Ada dua orang Kristian sesat di padang pasir di Mesir. Seorang bernama Edwin dan seorang lagi namanya  Thomas. Sudah dua hari mereka sesat, tidak makan dan minum.  Ditakdirkan, mereka nampak sebuah masjid yang besar tidak jauh dari mereka.

Kata si Edwin, "Baik kita pura-pura menyamar jadi orang Islam supaya kita boleh masuk dalam masjid dan dapat makan dan minum. Saya tukar nama saya jadi Abdullah Kassim".

Jawab si Thomas, "Saya memang mau ke sana tapi saya tak mau tukar nama saya. Biarlah mereka tahu bahawa saya Kristian".

Mereka pun berjalan ke masjid. Imam masjid sambut mereka dan bawa masuk cepat-cepat ke dalam masjid sebab mereka memberitahu sudah 2 hari mereka berdua sesat dan kelaparan.

Imam bertanya: "Siapa nama kamu?". Edwin menjawab, "Namaku Abdullah Kassim". Dan tiba giliran imam bertanya kepada si Thomas, lalu Thomas membalas, "Namaku Thomas".

Terus imam memanggil petugas masjid dan berkata: "Tolong bagi makanan dan minuman untuk saudara Thomas...cepat".

Si Edwin pun hairan kenapa takde makanan untuknya. Belum sempat dia tanya, terus imam itu menyambung: "Biar saudara Thomas makan dulu. Abdullah Kassim nanti makan jam 7.28 petang, sama-sama kita buka puasa".

Pengajaran - jadilah  diri sendiri dan orang yang jujur dalam hidup ini biar dalam apa keadaan sekalipun.

No comments:

Post a Comment