Ada
satu kisah di mana jenazah seorang lelaki dibawa kepada Ibn Abbas. Lantas ibn
Abbas tanya: “Kenapa laki ni mati?”
Maka
orang ramai menjawab: “Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”
Maka
Ibn Abbas berkata: “Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon
perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”
Seorang
penyair menyebut:
“Hidup
orang yang bercinta,
Permulaannya
hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya
penyakit,
Dan
pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”
“Kehinaan
akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak
merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada
di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka,
kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan
perang….”
(Ibn
Qayyim)
“Apabila
seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia
cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn
Qayyim)
“Bencana
dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api
membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di
cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari
Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….””
(Ibn
Qayyim)
No comments:
Post a Comment