Pagi tadi sewaktu membeli keperluan harian, aku sempat menduga seorang makcik tentang ‘dadurat’ yang heboh diperkatakan.
“Makcik... beratlah kalu (kalau) kena daurat gak.” aku mula buat provokasi kepada seorang makcik yang sedang memilih sayur untuk dibeli.
“Darurat gapo gak... tunggu pengumuman kerajaan nanti... tengok TV petang ni,” ucap makcik itu sebagai merujuk kepada Sidang Media Harian Covid-19 Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Katanya, dia setiap hari menonton sidang media tersebut untuk mengetahui perkembangan mengenai Covid-19.
“Makcik tidak miss (ketinggalan) tengok setiap hari untuk mengetahui berita terkini dan tepat mengenai wabak Covid-19,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia tidak mendapat maklumat mengenai Covid-19 selain sidang media Ismail Sabri kerana tidak ada akaun media sosial dan tidak tahu menggunakan internet.
“Tiap-tiap hari kena tengok ikut TV jah,” beritahu makcik itu lagi.
Amat jelas bahawa sidang media Ismail Sabri selaku jurucakap kepada kerajaan Malaysia menjelaskan situasi semasa mengenai Covid-19 sentiasa mendapat perhatian dan satu ‘keperluan wajib’ kepada rakyat yang ingin mendapat sumber sahih dan tepat dari kerajaan.
Justeru, dakwaan Hannah Yeoh, ahli Parlimen DAP, menganggap sidang media harian dibuat oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai mempromosi baju dan pameran rak yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan adalah tidak tepat.
Ia bukti nyata pemimpin pembangkang tidak memahami denyut nadi rakyat yang inginkan maklumat terkini dari pemimpin negara berkaitan wabak Covid-19. Kalau boleh, rakyat ingin sidang media itu dilakukan dua tau tiga kali sehari untuk mendapat maklumat terkini.
Hannah seperti ciapan di akaun Twitter beliau pada 21 Oktober menganggap sidang media Ismail Sabri tidak memberi substantif membantu rakyat.
Dalam keadaan serangan wabak Covid-19 yang masih bertali arus, rakyat sentiasa menanti perkembangan terkini apa yang berlaku, terutama tindakan yang perlu diambil atau dilakukan oleh rakyat untuk melawan musuh yang tidak nampak tetapi ada di mana-mana itu.
Rakyat juga ternanti-nanti apa tindakan kerajaan untuk menyelamatkan nyawa seluruh penduduk dan perkembangan berkaitan ekonomi, pekerjaan dan apa-apa yang telah, sedang dan akan dilakukan demi kesejahteraan rakyat.
Tanpa sidang media, kerajaan akan dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengawal dan menghentikan penyebaran wabak yang kembali menyerang hebat di seluruh negara, terutama di Sabah.
Tanpa sumber yang sahih dari kerajaan akan menggelakkan lagi berita-berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dengan berita sahih dikeluarkan kerajaan, sedikit sebanyak dapat menyekat atau menafikan berita tidak sahih yang jika dibiarkan berleluasa boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Rakyat amat berharap agar Sidang Media Khas Harian Menteri Kanan (Keselamatan) diteruskan untuk menyalurkan berita tepat dan sahih yang amat diperlukan oleh rakyat.
Tidak perlu peduli kritikan Hannah yang pastinya ada aganda tersembunyi untuk menimbulkan rasa kurang yakin rakyat kepada kepimpinan kerajaan sekarang.
Cukuplah rasa tidak yakin kepada kerajaan hanya wujud ketika sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Sebab itu, kerajaan PH hanya mampu bertahan 22 bulan.
Pembangkang memang harapkan agar Perikatan Nasional (PN) akan tumbang dalam masa terdekat agar PH dapat kembali memerintah.
Bagi memastikan PN tidak menerima nasib seperti PH, kepimpinan sekarang perlu bertindak cemerlang dalam menangani wabak Covid-19.
No comments:
Post a Comment