Sunday, 7 March 2021

TIDAK SALAH UMNO BERSAMA PH?

"Kita perlu ada kerajaan yang mempunyai majoriti stabil dan kukuh. PAS akan terus memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

"Bila bercakap pasal MN, di situ akan ada PAS dan UMNO, apabila bercakap soal PN, di situlah ada Bersatu, PAS dan parti-parti yang lain. Bagi PAS, berada dalam dua keadaan bukanlah sesuatu yang pelik," kata Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama bekas pemain bola sepak Kelantan, di Kota Bharu, pada Sabtu.

Berdasarkan pendapat Takiyuddin itu, adakah tidak salah jika UMNO mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)? Pada masa sama mamperkasakan MN. Juga menyertai PN....

Rasanya gabungan yang besar membolehkan kerajaan terbentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti lebih stabil dan kukuh.

No comments:

Post a Comment