Parti kecil hendak menguasai parti besar tidak ubah seperti ular lidi ingin menelan naga. Satu perkara mustahil dilakukan, namun itulah yang dilkukan dengan cara yang bertentangan dengan prinsip dilaungkan selama ini.
Usaha itu dilakukan dengan pertolongan rakan sekutu dan ahli UMNO sendiri.
Dahulu, pemimpin Pas bermati-matian mengatakan lompat parti adalah perkara tidak beradab. Bahkan, untuk mengelak Ahli Parlimen dan ADUN, lompat parti, mereka perlu bertaklid akan menceraikan isteri jika melakukannya.
Namun, untuk menghalalkan amalan lompat parti yang menguntungkan rakan sekutu, Pas mencari dalil yang menghalalkan perbuatan itu.
Bersatu begitu beriya-iya ingin UMNO bersama mereka dalam PRU15 nanti. Andai berjaya, ahli UMNO boleh dipergunakan. Jutaan ahli UMNO boleh 'diremote' dan dikudakan untuk kemenangan Bersatu.
Umum mengetahui, ahli Bersatu tidak banyak. Mereka hanya mengharapkan kemampuan ahli yang dahulunya ahli UMNO. Sedangkan, rata-rata ahli Bersatu bekas ahli UMNO sebenarnya tidak berpengalaman dalam gerak kerja pilihan raya.
Jadi, untuk terus berkuasa, Bersatu begitu mengharapkan pertolongan ahli UMNO.
Memandangkan, UMNO telah membuat ketetapan tidak akan bersama Bersatu pada PRU15, maka yang akan menjadi kuda tunggangan ialah jentera Pas.
Seperti biasa, ahli Pas yang setia pada pemimpin akan berkerja habis-habisan mengikut apa yang diarahkan oleh pemimpin.
Bersatu makan isi, Pas makan kuah sahaja.
No comments:
Post a Comment