Tindakan tidak munasabah itu disebabkan sikap pemimpin dan pentadbir yang gagal memahami masalah rakyat. Tidak peka dan tangkap muat sahaja ketika merangka draf ordinan sebelum diluluskan.
Ketika dirangka, diwar-warkan ordinan itu bertujuan mengenakan denda lebih tinggi kepada pesalah berulang dan berdegil. Maka, diberikan contoh seperti operasi kelab malam yang telah berulang kali melakukan kesalahan sama.
Mendengar penjelasan itu, rakyat rasa lega dan berharap kompaun lebih tinggi dikenakan kepada pihak berkenaan jika itulah tujuannya.
Malang sekali, apa yang dijanji dan dijelaskan berlaku sebaliknya. Kompaun RM10,000 dikenakan kepada semua yang bersalah.
Lalu, Ketua Polis Negara sebagai salah satu pihak diberikan kuasa untuk mengeluarkan kompaun, menjelaskan boleh buat rayuan pengurangan bayaran yang perlu dijelaskan.
Dia yang mengeluarkan kompaun, dia yang suruh rayu dan mencadangkan agar pihak pegawai kesihatan dapat mempertimbangkan rayuan itu. Pelik betul undang-undang di Malaysia ini.
Inilah yang berlaku apabila kerajaan yang ada sekarang lebih pentingkan kelangsungan kuasa politik berbanding kebajikan rakyat.
Sekarang ada beberapa parti politik bersedia menawarkan khidmat guaman kepada mereka yang dikenakan kompaun RM10,000.
Maka isu ini sebagai isu politik.
No comments:
Post a Comment