Usaha
mencari pelapis penarik beca di Kelantan perlu dilakukan bagi menggantikan
mereka yang uzur dan meninggal dunia. Baca atau di Kelantan dikenali sebagai ‘teksi’
merupakan pengangkutan popular di Kelantan pada satu ketika dahulu.
Penarik
beca di Kelantan atau juga dikenali ‘tukang gatih teksi’ pernah mencecah lebih
300 orang. Ia menjadi satu kerjaya yang memberi pendapatan yang agak lumayan
pada ketika itu. Beca menguasai jalan-jalan utama di Kota Bharu dan bandar-bandar lain di Kelantan.
Namun,
kini kerjaya penarik beca hampir pupus. Bilangan penarik beca yang dianggap
masih ‘aktif’ hanya sekitar 20 orang. Itu pun semua mereka sudah berusia
melebihi 50 tahun, bahkan ada yang telah mencecah 70 tahun.
Tidak
ada generasi muda berminat menjadi penarik beca kerana khidmat beca semakin kurang
mendapat sambutan. Kebanyakan rakyat memiliki kenderaan sendiri dan tidak
memerlukan khidmat pengangkutan seperti beca yang bergerak perlahan dan tidak
mampu bergerak jauh.
Kalaupun
memerlukan perkhidmatan pengangkutan, orang ramai lebih berminat menggunakan
khidmat teksi dan grab.
Satu
cara untuk menghidupkan kembali permintaan perkhidmatan beca ialah melalui
industri pelancongan. Beca adalah warisan Kelantan. Ia boleh digunakan untuk
membawa pelancong melawat beberapa lokasi tarikan pelancong sekitar Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment