Thursday, 25 August 2022

SYARAT FESYEN BAJU BENDERA JALUR GEMILANG

 
Setiap kali sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara, banyak orang akan mencari fesyen baju bendera Jalur Gemilang untuk digayakan pada hari sambutan atau acara-acara yang berkaitan dengan ambutan berkenaan.

Semangat itu memang patut dipuji sebagai tanda cinta dan sayangkan negara. Sambutan dilakukan dengan meriah dan penuh semangat patriotik.

Namun, ada peraturan atau syarat yang perlu diikuti dalam membuat baju fesyen bendera Jalur Gemilang. Jika salah gaya, semangat cintakan negara boleh bertukar sebagai tidak menghormati Jalur Gemilang.

Syarat yang perlu dipatuhi ialah kain untuk membuat baju atau apa-apa perhiasan badan lain seperti kain tudung, samping dan sebagainya bukan satu bentuk bendera lengkap yang kemudiannya digunting dan dijahit dijadikan baju dan seluar.

Menggunting bendera Jalur Gemilang bermakna kita telah merosakkan lambang kedaulatan negara.

Jika ia masih lengkap dalam bentuk bendera Jalur Gemilang, juga tidak boleh digunakan untuk dijadikan samping atau kain selindang yang digunakan untuk menutup kepala, leher atau bahu.

Fesyen baju bendera Jalur Gemilang yang dibenarkan ialah hanya menampil corak-corak seperti Jalur Gemilang seperti menampilkan corak bulan, bintang dan jalur yang tidak secara khusus menampakkan ia satu corak ‘penuh’ sehelai bendera Jalur Gemilang.  

No comments:

Post a Comment