Manusia menjadi khalifah di alam ini,
menjaga alam semula jadi mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan hukum
alam tidak dipatuhi, maka akan berlaku bencana yang mendatangkan kerugian dan
kesusuahan kepada masyarakat yang berada di tempat itu, tidak kira orang
beriman atau kafir. Tidak kira sama ada orang itu punca berlaku bencana atau
sekadar menjadi mangsa.
Bencana adalah teguran Allah swt kepada
orang-orang beriman agar tidak berterusan melakukan amalan menyebabkan boleh
berlaku bencana. Usaha mengelak bencana antara lain menghalang orang yang
bertanggungjawab daripada terus melakukan perbuatan punca bencana.
Jika orang itu adalah penguasa atau
pemimpin, dia tidak layak untuk terus memegang tampuk pemerintahan jika
berterusan melakukan perbuatan punca terjadi bencana. Ada pemimpin tidak peduli
meluluskan projek yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Mereka
mementingkan keuntungan kroni dan pihak tertentu dalam meluluskan projek tanpa
memperdulikan kesan buruk projek yang dijalankan.
Ingatlah, Allah SWT boleh menghantar apa
saja peringatan atau pembalasan dalam apa juga bentuk seperti tanah runtuh,
banjir, ribut dan sebagainya. Itu semua sebagai peringatan agar kita tidak
terus melakukan perbuatan mengundang bahaya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Telah nampak kerosakan didarat dan di laut disebabkan perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Surah ar-Rum,
ayat 41).
Adapun bagi kita semua, rentetan musibah
yang terjadi hendaklah menjadi tazkirah (pengingat) bahawa bencana tersebut
dapat terjadi di tempat kita jika Allah SWT menghendaki.
Berdoa, bertaqarrub dan beristighfar semoga Allah SWT selalu menganugerahkan
keselamatan dan keampunan bagi kita semua. Bencana itu mengingatkan kita agar
kembali kepada jalan diredai.
Apabila berlaku bencana, hendaklah yang
menjadi mangsa dibantu tanpa mengira agama dan bangsa. Sesiapa saja dalam
kesusahan wajib dibantu. Ketika bencana bukan masa sesuai untuk menunding jari
siapa yang bersalah. Hulurkan bantuan segera sehingga semua kembali sediakala.
Selepas itu baru fikir untuk perbaiki agar perbuatan itu tidak berulang.
Jika kita tidak insaf dan masih meneruskan
perbuatan ditegah biarpun telah diberi peringatan, maka tunggulah balasan dari
Allah yang lebih besar.
Sedarlah bahawa selalu ada hikmah di balik
setiap kejadian yang tampak mengerikan. Sesungguhnya, bencana merupakan ujian
bagi umat Islam.
No comments:
Post a Comment