Perkataan ‘renaisans’ yang membawa maksud
pembaharuan atau kelahiran semula bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah
digunakan bagi merujuk kepada kebangkitan kuasa Barat pada abad ke-14 hingga
ke-16 Masihi.
Sehubungan itu, apabila disebut renaisans
Melayu ia merujuk kepada kebangkitan semula orang Melayu dalam segenap bidang
bagi memastikan kaum itu tidak lagi terpinggir daripada arus pembangunan
negara.
Renaisans Melayu mampu menggerakkan
kebangkitan semangat orang Melayu dalam mewujudkan penyatuan bermaruah dan
menguatkan perpaduan sesama kaum.
Ancaman terhadap orang Melayu turut berakar
umbi daripada perpecahan dalaman termasuk di kalangan mereka yang berfahaman
liberal dengan menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
yang tidak selari dengan ideologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perpecahan dalam kalangan orang Melayu
tidak terhad dalam politik semata-mata malah banyak lagi faktor yang mendorong
ke arah itu.
Usaha menyatukan dan memperkasakan Melayu
bukan bermakna menolak peranan bangsa lain. Memperjuangan bangsa Melayu
bukan satu ancaman kepada bangsa lain, sebaliknya mewujudkan kestabilan
politik, ekonomi dan hubungan kaum yang lebih baik.
Dalam hal ini, kaedah berteraskan kepada
maqasid syariah (objektif syarak), diperkasakan dalam gerakan renaisans Melayu.
Agenda pembangunan berpaksikan maqasid
syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Maka, renaisans Melayu meletakkan satu
rujukan berdasarkan kepada maqasid syariah iaitu:
- Ad-Din (agama) – Melayu umat Islam
berfahaman ahli sunnah wal jamaah, sentiasa merujuk al-Quran dan sunah
Rasulullah SAW.
- Nyawa (kehidupan) – Kepimpinan Melayu
merujuk kenyataan Sulalat al-Salatin, sumpah antara bangsa Melayu dengan pemerintahnya.
- Akal (ilmu) – Dasar dan sistem pendidikan
melahirkan Melayu bijaksana, mengagngkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan menjulang nilai budaya serta tamadun Islam sebagai amalannya.
- Keturunan (zuriat) – Wawaan Melayu 2050
melahirkan Melayu insan rabbani, membina keluarga mulia dan membentuk
masyarakat rabbani.
- Harta (kekayaan) - Bangsa
Melayu membina harta dan kekayaan secara adil dan saksama, untuk menfaat
bersama, wajib mengekalkan cengkaman ekonomi 20 peratus yang kini dimiliki dan
memecahkan dominasi kaum lain yang kini menguasai 80 peratus ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment